Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Khamis, 9 Ogos 2018

CARA DAPATKAN SEMULA BARANG TERTINGGAL DALAM GRABCAR

Image result for grabcar
Sumber


Saya yakin pasti ada dalam kalangan pembaca yang sering menaiki Grabcar untuk ke mana-mana. Grabcar sekarang ini merupakan pengangkutan alternatif yang agak popular selain daripada pengangkutan awam. 

Apabila kita menaiki Grabcar pastilah kita membawa barang seperti telefon pintar, beg duit, beg sandang dan sebagainya. Menjadi sesuatu yang amat malang bagi kita apabila kita tertinggal barang di dalam Grabcar tersebut.

Memandangkan kita sudah tertinggal barang, pastilah kita mahu mendapatkan semula barang tersebut. Namun, jika kita tidak tahu cara-caranya, pastilah barang yang tertinggal itu kita tidak akan dapat semula.

Justeru, saya ingin kongsikan kepada anda semua cara-cara untuk mendapatkan barang anda semula yang tertinggal di dalam Grabcar. Ikuti langkah-langkah di bawah :

Langkah 1 : Kenal pasti Grabcar mana yang anda naiki

Jika anda menaiki lebih daripada satu Grabcar, pastikan anda tahu barang anda tertinggal dalam Grabcar yang mana satu.

Langkah 2 : Mempunyai maklumat secukupnya

Pastikan anda mempunyai maklumat di bawah iaitu :
- Grab ID requester (penumpang)
- e-mail ID requester
- tarikh dan masa anda menaiki Grabcar
- dari mana dan ke mana anda menaiki Grabcar
- penerangan (description) tentang barang yang hilang
- nama pemandu dan nombor plat Grabcar

Langkah 3 : Hubungi nombor 1300-80-5858

Hubungi nombor tersebut setelah anda telah memiliki semua maklumat di atas.

Langkah 5 : Beri maklumat

Setelah disambungkan kepada operator, nyatakan kepada operator tersebut bahawa anda telah tertinggal barang di dalam Grabcar. Beritahu segala maklumat (di atas) yang diminta oleh operator tersebut beserta deskripsi barang anda yang hilang itu.

Langkah 6 : Tunggu sehingga operator menghubungi pemandu Grabcar

Anda tidak boleh terus menghubungi pemandu itu. Operator yang akan menghubungi pemandu tersebut untuk anda. Setelah pemandu dihubungi, operator akan menghubungi anda semula untuk mengesahkan bahawa barang anda memang ada pada pemandu. Kemudian, operator akan memberi anda nombor telefon pemandu tersebut untuk dihubungi.

Langkah 7 : Hubungi pemandu Grabcar

Hubungi pemandu tersebut dan rancang bersamanya bagaimana anda mahu mendapatkan barang anda itu sama ada anda mahu mengambilnya sendiri atau pemandu tersebut yang akan menghantarnya ke rumah anda.

Peringatan

Bukan semua barang anda akan dijumpai. Sekiranya pemandu tersebut tidak jujur, pasti barang anda tidak akan dijumpai.

Nota 

Segala maklumat yang berkaitan seperti tarikh, waktu, lokasi, nama pemandu, dan nombor plat kereta yang diperlukan itu anda boleh dapatkannya di bahagian ‘History’ pada aplikasi Grabcar anda.

Itulah cara-cara untuk anda mendapatkan barang anda yang tertinggal di dalam Grabcar. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Walau apa pun, jangan sesekali cuai menjaga barang anda. Anda perlulah cermat dalam menjaga barang anda sendiri.   

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di Free Malaysia Today. Ini adalah versi artikel asal.

Isnin, 9 Januari 2017

CARA YANG BETUL APABILA MAHU CARI SESUATU DI GOOGLE

Image result for google
Dalam era yang serba canggih ini, kita sekarang boleh mendapatkan info dengan mudah dan pantas. Segala info hanya dihujung jari sahaja dengan adanya rangkaian internet, dalam masa beberapa minit sahaja korang dah boleh dapatkan resipi, tips, petua, yang dimahukan. Seperti apa yang dapat kita perhaikan sekarang Google sudah dianggap satu keperluan bagi setiap orang.

Walaupun dengan adanya kemudahan ini, kami pasti ramai antara anda mengambil masa untuk explore bagi mendapatkan segala info yang sahih, boleh dikatakan ambil masa beberapa jam unuk menjumpainya, disebabkan hasil pencarian yang tidak menepati apa yang korang mahu.

Jadi, ini cara-cara mudah untuk korang untuk advanced kan lagi skill mencari info dengan pantas dan tepat apabila menggunkan Google.




Mungkin korang kurang pasti atau keliru mengenai nama seseorang atau segala perkara mana satu yang lebih tepat kan? Hanya perlu letak simbol “|“ atau gunakan sahaja perkataan "or". Kemudian hasil pencarian akan keluar dengan mudah.

Contoh macam gambar diatas, ingat muka tapi lupa nama Jennifer mana yang kita suka, inilah hasilnya! Tak perlu ketuk-ketuk nak recall balik sebab ingat-ingat lupa

 


Bahasa kita kaya dengan sinonim. Kadang-kadang ini boleh menjadi sangat mudah apabila melakukan penyelidikan dalam talian. Jika anda perlu mencari subjek yang memerlukan frasa tertentu, tambah simbol "~" dalam carian korang.

Sebagai contoh, jika korang mencari istilah "makanan ~ sihat " anda akan mendapat hasil  prinsip-prinsip pemakanan sihat, resipi memasak, serta pilihan tempat makan yang sihat. Tak perlu menaip resipi makan makanan sihat/tips pemaknan sihat/restoran yang menyediakan makanan sihat. Kan dah membazir masa nak cari satu-satu.




Kadang-kadang ada artikel yang membuatkan anda rasa ingin baca berulang kali dan ingin dikongsikan kepada rakan anda. Cara paling mudah yang ada didalam Google Search ini adalah meletakkan nama laman web diruangan carian serta "frasa" yang anda mahukan (macam gambar diatas).

Kalau korang hanya taip "interview" sahaja, macam-macam benda merepek akan keluar kan? Jadi lebih letakkan nama website dihadapan carian.







Contoh, kalau korang terlupa satu  key word dalam satu ayat atau nombor selanjutnya. Hanya letakkan simbol "*" di pencarian kalau tak ingat, mesti akan keluar apa yang korang nak.












Pernah tak korang terlupa satu statement ini dan korang macam separuh nyawa menaip tapi tak jumpa. Biasanya lirik lagu lah kan? Haha! Kalau lupa lagi hanya tambah ayat AROUND + (jumlah patah perkataan) contohnya macam di atas ini. Google mesti familiar punya. Hehe!







Pernah tak korang terlupa tahap kritikal? Haaa,..kalau terlupa korang tanya tambah "intitle:" bersertakan satu perkataan yang korang ingat. Misalnya macam diatas ini, cerita mengenai Husky tapi lupa tajuk artikel itu. Jadi ini tindakannya, dan mudah untuk dicari.

Sekurang-kurangnya dapat membantu sedikit daripada hanya letak ayat 'Husky' sahaja. Pasti nanti akan keluar gambar-gambar dengan info yang entah apa-apa kan?








Sumber : maukerja.my