Selasa, 3 Mac 2026

JELAJAH MALAM : KILANG KOTAK USANG

Anisah Malek berdiri di hadapan pintu pagar besi karat yang separuh tertutup, angin malam meniup daun-daun kering yang bergelimpangan di tanah. Kilang kotak lama di pinggir mukim Kechor itu telah ditinggalkan selama lebih dua dekad, sejak tragedi kebakaran yang meragut nyawa beberapa pekerja. Anisah, seorang YouTuber paranormal dengan lebih 700,000 subscriber, sentiasa mencari lokasi baru untuk vlognya. 

Malam ini, dia datang sendirian – seperti biasa – dengan kamera dan lampu suluh di tangan. 

"Selamat malam, korang! Ini Anisah dari channel Jelajah Malam. Malam ni kita nak jelajah sebuah kilang kotak usang yang sudah lama ditinggalkan. Jom ikut saya.” Katanya sambil tersenyum ke kamera.

Dia masuk ke dalam kawasan kilang yang berpagar. Terdapat pondok pengawal yang telah lama ditinggalkan di sebelah kanan pintu pagar utama. Kawasan di luar bangunan kilang itu sudah ditumbuhi semak samun. Boleh dikata kawasan itu sudah seperti hutang belantara. Jika tidak berhati-hati, barangkali ada Pak Belang yang menghuni. 

Anisah masuk ke bangunan kilang melalui pintu utama kilang yang tidak berkunci. Pintu utama itu sudah ternganga luas. Mungkin rosak akibat diceroboh atau mungkin juga rosak kerana dimakan karat. Udara di dalam kilang terasa sejuk. Mungkin kerana Anisah menjelajah pada waktu malam. Bau hapak usah dicakap, begitu kuat menusuk hidung. Lantai kilang banyak yang sudah retak dimakan waktu dan di sekelilingnya, terdapat banyak timbunan kotak lama yang bertaburan, menjadi petanda sama ada kilang itu pernah diceroboh atau ditinggalkan secara tergesa-gesa. 

Anisah menyuluh di setiap laluan yang dia terokai untuk menerangi kegelapan. Kilang itu sangat besar. Ada banyak mesin yang telah ditinggalkan terlalu lama. Terdapat kesan kebakaran yang agak besar di dinding. 

"Korang tengok ni. Ada kesan kebakaran di dinding. Ini mungkin akibat kebakaran yang pernah terjadi dulu." Ujar Anisah ke kamera.

Anisah terus berjalan di dalam bangunan kilang usang itu sambil menyuluh ke sini dan ke sana. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti kotak jatuh. 

"Bunyi apa tu korang? Korang dengar tak?" Anisah berhenti untuk mengamati bunyi yang dia dengar tadi. Dia terus menyuluh ke sana sini untuk melihat apa yang berlaku tetapi dia tidak melihat apa-apa. 

Dia teruskan jelajahnya di bangunan kilang usang itu meskipun hati kecilnya mula diserang rasa takut. Namun, itu bukanlah penghalang buatnya kerana ini bukanlah kali pertama dia menjelajah ke tempat-tempat sebegini. Rasa takut dan mendengar bunyi-bunyi aneh itu sudah biasa baginya. 

Setelah puas menjelajah di tingkat bawah, Anisah naik pula ke tingkat yang kedua. Di tingkat itu, seperti mana di tingkat bawah, terdapat banyak mesin lama yang sudah berkarat akibat tidak digunakan. Terdapat banyak kotak yang disusun tinggi dan diletakkan di sudut-sudut dinding. Anisah terus menyuluh dan merakam di sini sana untuk menunjukkan kepada para penonton live Youtube-nya. 

Kemudian dia mendengar bunyi gema. Dia tidak tahu bunyi apa itu. Dia cuba mencari arah bunyi tetapi tidak jumpa. Dia terus menyuluh dan merakam untuk mencari sumber bunyi. 

Kemudian, Anisah terdengar suara bisikan. Segera dia menyuluh untuk mencari arah suara itu namun tidak jumpa. Bulu romanya berdiri kerana dia berasa seram mendengar bisikan yang entah muncul dari mana itu. 

Apabila dia sudah bertenang, dia meneruskan jelajahnya di tingkat dua kilang tersebut. Seperti biasa, terdapat banyak tumpukan kotak lama di sini sana. 

Anisah kemudiannya berhenti di sebuah dinding kerana melihat sesuatu. Dia menyuluh ke arah dinding tersebut. Terdapat banyak cap tangan berwarna hitam di dinding itu. Dia tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu dan apa tujuan orang tersebut melakukan hal seperti itu.

"Korang tengok ni. Kat dinding ni ada banyak cap tangan. Tak tahu siapa yang buat dan kenapa dia buat. Mungkin juga dia saja saja buat sebab takde kerja.” Ujar Anisah kepada para penonton. 

Tiba-tiba, Anisah melihat suatu bayang melintas di tepinya. Anisah pusing laju bersama kamera dan lampu suluh tetapi tiada apa-apa. 

"Tadi saya nampak macam ada orang lalu kat tepi saya. Tak tahulah sama ada perasaan saya aje ke atau memang betul ada orang atau entiti yang lalu tadi." Kata Anisah ke kamera. Jantungnya sudah berdegup dengan laju. 

Anisah menarik nafas dalam-dalam. Sambil-sambil itu dia membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk memohon perlindungan daripada Allah. 

Belum sempat dia bertenang, dia dengar pula bunyi langkah kaki seseorang dari belakang. Segera dia menoleh bersama kamera dan lampu suluh namun tiada apa-apa. Dia mencari punca bunyi langkah kaki itu tetapi tidak jumpa. Peluh sudah mula merenik di dahi dan di pipinya. 

Apabila melihat tiada apa-apa, Anisah meneruskan jelajahnya. Sambil-sambil itu dia terus menyuluh dan merakam. Kemudian lampu suluhnya tersuluh satu entiti lelaki yang memakai uniform lama dengan wajahnya yang hitam seperti terbakar. Anisah segera menjerit kerana terkejut namun entiti itu hilang dengan serta-merta. 

“Korang nampak tak entiti tu tadi? Saya rasa itu bukan orang. Itu hantu.” Ujar Anisah dengan panik. Dia berasa teramat takut. Terkumat-kamit mulutnya membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk memohon pertolongan Allah. 

Belum sempat dia habis baca ayat Al-Quran, dia terdengar seperti bunyi ketawa kecil. Dia tersentak. Segera dia menyuluh ke sini sana untuk mencari arah suara itu namun dia tidak jumpa. Sesak nafasnya kerana diganggu secara bertalu-talu di kilang itu. 

Oleh kerana berasa tidak selamat, Anisah turun semula ke tingkat bawah. Dia tidak mahu meneruskan jelajahnya di kilang itu. Perasannya berasa tidak enak saat itu. 

Saat hendak turun dia terdengar lagi bunyi kotak jatuh entah dari mana. Segera dia menyuluh dan merakam di sini sana untuk mencari jikalau ada kotak yang jatuh namun dia tidak melihat apa-apa.

“Korang, saya dengar lagi bunyi kotak jatuh tapi saya tak tahu kotak mana yang jatuh.” Ujar Anisah kepada kamera.  

Setelah agak bertenang sedikit, Anisah jalan lagi secara perlahan-lahan untuk menuju ke pintu utama kilang. Tiba-tiba, sebuah kotak yang agak besar bergerak sendiri di hadapannya. Kotak itu berhenti tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia terus menyuluh dan merakam jika kotak itu ingin bergerak lagi tetapi setelah beberapa minit dia menunggu kotak itu terus berada dalam keadaan pegun tidak bergerak.  

Kemudian, dia mendengar bunyi kotak bergeser yang entah dari mana. Dia terus menyuluh dan merakam tetapi dia tidak tahu di mana kotak yang bergeser itu berada. Anisah terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk memohon perlindungan Allah agar gangguan yang dia terima di kilang itu tidaklah memudaratkan dirinya. 

Setelah agak tenang, Anisah teruskan perjalanannya ke pintu utama. Dalam perjalanan itu dia terjumpa sebuah bilik. Dia tidak perasan kewujudan bilik itu semasa dia masuk tadi. Kemudian Anisah memberanikan diri untuk masuk ke ruangan itu untuk melihat apa yang ada. 

Di bilik itu, seperti biasa, terdapat banyak kotak besar yang bertumpuk hingga ke siling. Ada yang terbuka dan ada yang tertutup. Di tengah bilik itu, terdapat sebuah kotak besar yang terbuka. Anisah mendekati kotak itu secara perlahan untuk melihat apa yang berada di dalam. Di dalam kotak itu, terdapat sebuah anak patung perempuan lama. Anisah agak takut melihat anak patung itu. Bermacam pertanyaan yang muncul di benaknya tentang kehadiran anak patung itu.

"Korang tengok dalam kotak ni. Ada anak patung. Macam mana kat kilang kotak ada anak patung? Siapa punya anak patung ni dan kenapa dia bawa anak patung ni ke kilang kotak?” Ujar Anisah kepada penonton. 

Tiba-tiba, pintu bilik tertutup sendiri dengan kuat. Anisah terperanjat dan terjerit kecil. Dia menyuluh dan merakam ke arah pintu tetapi tiada apa-apa di sana. Kemudian dia terdengar suara bisikan yang entah dari mana. Dia menyuluh ke sini sana untuk mencari siapa yang punya suara tetapi dia tidak jumpa. 

Kemudian dia mendengar bunyi langkah kaki di belakangnya. Dia lantas pusing untuk melihat siapa yang sedang berjalan ke arahnya tetapi tiada siapa-siapa. Hanya dia sahaja yang berada di ruangan itu.

Sesak dada Anisah mendapat gangguan yang bertalu-talu itu. Akhirnya, dia memutuskan untuk keluar dari ruangan itu dan terus menuju ke pintu utama. Dia ingin keluar dari kilang itu. Dia ingin segera menamatkan jelajahnya pada malam ini kerana dia sudah berpuas hati dengan semua pengalaman yang telah dia dapat di tempat tersebut.

“Okaylah korang. Macam-macam perkara yang saya hadap kat dalam tu tadi. Harap korang suka dengan video kali ni. Nanti saya akan upload video ni kat channel YouTube saya. Harap korang boleh like, comment dan share. Bye korang…” Anisah pun lantas menamatkan sesi live Youtube-nya dan pulang ke rumah. 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.