Jerawat
adalah perkara yang paling tidak disukai oleh ramai orang termasuk saya. Belum
pernah lagi ada manusia yang saya jumpa yang suka dengan jerawat. Jerawat telah
menyebabkan muka kita menjadi hodoh dan berbekas di sana sini. Mana mana lelaki kacak atau
perempuan perempun cantik memang anti dengan jerawat dan kalau ‘makhluk’ itu
muncul, kita mesti akan mencari pelbagai cara untuk menghilangkannya.
Sebelum
kita pergi lebih lanjut, ingin saya terangkan apa itu jerawat? Jerawat dalam
bahasa Inggeris dipanggil Acne Vulgaris iaitu masalah kulit yang terjadi
apabila minyak atau sel sel kulit mati tersumbat di liang liang kulit kita.
Jerawat
juga berpunca daripada hormon. Lelaki dan perempuan terutama yang berumur dalam
belasan tahun akan mengalami ketidakstabilan hormon di dalam badan mereka. Oleh
sebab itu, selalu sangat kita mendengar jerawat dikaitkan dengan remaja belasan
tahun kerana hormon mereka masih belum stabil. Selain itu, jerawat juga
berpunca daripada stress, faktor keturunan, produk kosmetik, terdedah kepada
bahan kimia dan juga cuaca panas terik. Apabila
kita terkena salah satu dari perkara perkara di atas, kemungkinan untuk
‘menerima’ jerawat itu amat tinggi.