Memaparkan catatan dengan label apa itu DHA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa itu DHA. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

APA ITU DHA?


Sumber : Google


Saya yakin ramai pembaca blog ini pernah dengar tentang DHA bukan? Tetapi tahukah anda apa itu DHA? DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid . DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid di mana sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh tubuh badan kita. Badan kita hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Oleh itu, untuk mempertingkatkan DHA dalam tubuh, kita memerlukan makanan yang mempunyai banyak kandungan DHA.

Sumber sumber DHA?


Sumber sumber DHA adalah dari ikan laut dalam seperti ikan salmon dan ikan kod. Selain itu, DHA juga boleh didapati di dalam telur dan daging. Untuk pengetahuan anda, DHA sangat aktif dalam minyak ikan.

Kegunaan DHA dalam badan kita


Antara kegunaan DHA adalah membantu pertumbuhan otak dan saraf. Bagi orang dewasa, DHA dapat membantu otak untuk belajar dan menerima pelajaran. Bagi bayi pula, DHA dapat membantu dalam perkembangan otak dan fungsi penglihatan.