Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Sesiapa yang terkena dengan radang arthritis ini memang sukar untuk bergerak kerana mengalami sakit yang sangat luar biasa di bahagian sendi. Sendi di sini bermaksud anda akan berasa sakit di bahagian lengan, pergelangan tangan, lutut, pinggul, dan bahagian bawah tulang belakang.
Punca punca penyakit arthritis
Antara punca penyakit arthritis ini adalah apabila anda mengalami kecederaan seperti patah tulang. Selain itu, berlaku kehausan dan kelusuhan pada sendi anda sehingga anda mudah untuk menerima penyakit ini. Jika anda adalah seorang pengidap gout, risiko untuk anda mendapat penyakit ini amat tinggi. Faktor keturunan dan jangkitan bakteria serta virus di bahagian sendi juga adalah punca mengapa seseorang itu mendapat penyakit arthritis.