Memaparkan catatan dengan label cara cegah asma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara cegah asma. Papar semua catatan

Sabtu, 15 November 2014

PESAKIT ASMA TIDAK PERLU RISAU JIKA TIDAK BAWA INHALER SELEPAS INI


Sumber : Google

Apa itu Asma?


Asma (Athma) adalah apabila seseorang itu mengidap suatu penyakit di mana salur salur pernafasannya akan mengecil ketika asma menyerang. Oleh itu, orang itu akan sukar untuk bernafas dan nafasnya akan berbunyi.

Punca punca asma


Antara punca penyakit asma adalah genetik atau sejarah asma dalam keluarga, tempat tinggal yang kurang bersih terutama bagi kanak kanak, alergi pada perkara perkara tertentu (bulu binatang, debu), dan berlaku jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Tanda tanda seseorang itu mengidap penyakit asma


Antara tanda seseorang itu mengidap penyakit asma adalah sering mengeluarkan bunyi ketika bernafas, kerap batuk, dada terasa sesak atau sakit dan sering sesak nafas.