| Sumber : Google |
Apa itu insomnia?
Insomnia adalah ketidakmampuan seseorang untuk tidur
dalam satu jangka masa di luar kebiasaan kehidupannya. Penyakit ini memang
menyeksakan kerana kita akan menghadapi masalah iaitu susah untuk tidur, sering
bangun pada waktu malam kemudian susah untuk tidur semula, bangun terlalu pagi
dan berasa letih setelah bangun dari tidur.
Punca punca insomnia
Antara punca seseorang itu mengalami penyakit ini
adalah sering kali tertekan atau stress, mengidap pelbagai penyakit, emosi
tidak tenteram, suasana terlalu bising, keadaan tempat tidur yang terang
benderang, suhu terlalu panas atau sejuk, mengambil ubat ubatan yang boleh
mengganggu tidur seperti ubat merawat alergi, depresi, tekanan darah tinggi,
ubat asma, berlaku peningkatan usia, dan juga jadual tidur sering terganggu
(jet lag dan pertukaran waktu kerja).