Memaparkan catatan dengan label cara cegah kanser pankreas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara cegah kanser pankreas. Papar semua catatan

Sabtu, 15 November 2014

ORGAN PANKREAS ADALAH PEMBUNUH MANUSIA DALAM DIAM!!!



omega guard boleh mencegah kanser pankreas
Sumber : Google


Jangan terkejut beruk membaca tajuk rencana kesihatan yang saya tulis pada hari ini kerana ini bukan cerita dongeng Awang Sulung Merah Muda yang mempunyai banyak panau kesaktian. Ini adalah fakta yang perlu kita semua terima. Takut? Saya juga takut dan sebab itulah saya menulis rencana ini untuk memberitahu kepada anda peri pentingnya organ yang bernama pankreas itu dijaga supaya organ itu tidak menjadi ‘musuh dalam selimut’ di dalam tubuh badan kita.

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan organ pankreas ini. Organ pankreas adalah sejenis organ seperti tisu yang panjang dan leper yang terletak di bahagian bawah belakang perut iaitu berhampiran dengan duodenum. Organ ini berwarna putih kemerahan dan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan ekor.   

Secara umumnya, organ ini berfungsi dalam mengelurkan suatu cecair yang boleh bertindak balas dengan makanan bagi membantu penyerapan. Organ ini juga mengeluarkan enzim untuk penghadaman makanan seperti protein dan lemak, memecahkan molekul protein yang besar untuk diserap oleh tubuh, dan mencernakan lemak dalam makanan kepada komponen yang lebih kecil seperti asid lemak.
 
Selain itu, organ ini mampu mengurangkan keasidan pada pangkal usus, mengurangkan kemungkinan berlakunya ulser pada duodenum, mengeluarkan hormon insulin yang bertindak balas untuk menstabilkan paras gula atau kerbohidrat di dalam badan.