Memaparkan catatan dengan label cara cegah kanser payudara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara cegah kanser payudara. Papar semua catatan

Rabu, 12 November 2014

CARA MENCEGAH KANSER PAYUDARA YANG RAMAI DOKTOR TIDAK TAHU!!!


Sumber : Google

Kanser payudara adalah antara penyakit yang banyak membunuh wanita bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Penyakit ini tidak mengenal rupa dan usia serta boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Bukan hanya wanita, lelaki juga boleh terkena penyakit yang merbahaya ini.

Apa itu kanser payudara?


Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Penyakit ini menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan dengan kelenjar, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaanya, tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Untuk pengetahuan anda, kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya penyakit ini bermula di dalam kalenjar.

Tanda tanda anda terkena kanser payudara


Antara tanda anda terkena kanser payudara adalah terdapat ketumbuhan di payudara atau ketiak, payudara akan bertukar menjadi tebal (saiz bertambah daripada biasa), puting terpusing ke dalam, puting menjadi merah, terdapat sisik pada puting, kerap demam, sering berasa seram sejuk, berlaku kesakitan pada tulang dan sendi, serta mengalami sakit kuning. Jika anda mengalami tanda tanda ini, silalah berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.