Memaparkan catatan dengan label cara cegah paru paru berair. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara cegah paru paru berair. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

CARA MENCEGAH PENYAKIT PARU PARU BERAIR


sumber : Google


 Pernah anda dengar tentang penyakit paru paru berair? Tahukah anda apakah itu penyakit paru paru berair? Penyakit paru paru berair ini adalah semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru paru sama ada pada tisu paru paru atau lapisan antara paru paru dengan lapisan dalam dinding dada. Ini akan menyebabkan tisu paru paru atau rongga pleural dipenuhi dengan cecair.

Punca penyakit paru paru berair


Sejujurnya punca sebenar tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. Ada yang mengatakan punca penyakit ini adalah disebabkan suka mandi pada waktu malam atau gemar minum minuman berais. Walaubagaimanapun, ada beberapa kajian perubatan menunjukkan bahawa mandi pada waktu malam dan gemar minum minuman berais bukanlah punca sebenar orang terkena penyakit ini.

Apa yang pasti penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus, fungi, parasit, kimia dan kecederaan fizikal kepada paru paru. Untuk pengetahuan anda, orang yang mengidap kanser paru paru juga boleh mendapat penyakit ini.