Memaparkan catatan dengan label cara cegah rambut beruban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara cegah rambut beruban. Papar semua catatan

Ahad, 19 Oktober 2014

CARA MENCEGAH RAMBUT BERUBAN

Istilah rambut beruban biasanya dikaitkan dengan orang yang sudah berusia tetapi sejak belakangan ini sudah ramai orang yang berusia awal 20an sudah pun mempunyai uban di rambutnya. Pelik bukan? Sudah tentu anda tertanya tanya mengapa perkara itu boleh berlaku? Apa punca puncanya? Bagaimana cara mahu mengatasinya? Jangan risau kerana saya  ada petua bagaimana untuk mengatasi masalah itu. Tidak percaya pada petua? Baca dahulu kata kata ayah saya :


Tua tua ilmu,
Tua lagi petua,
Tajam tajam parang,
Tajam lagi petua,
Kebal kebal orang,
Kalah dengan petua.


Oleh itu jangan sesekali memandang rendah pada petua terutama pada petua petua tradisional nenek moyang kita dahulu. 

Punca punca rambut beruban

Antara punca rambut beruban adalah apabila anda menghadapi tekanan yang tinggi (stress). Stress berlaku kerana anda dibebani dengan satu perkara yang di berada di luar kemampuan anda seperti kerja yang terlalu banyak atau dimarahi oleh orang lain. Selain itu, faktor genetik juga boleh menyebabkan rambut anda mudah beruban. Jika keturunan anda sememangnya jenis yang mudah beruban pada usia muda, anda juga mungkin akan menghadapi perkara yang sama. 

Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan rambut anda beruban. Jika anda kekurangan vitamin B12 anda mungkin akan menghadapi masalah ini. Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti ikan sardin, daging lembu, daging kambing, keju dan susu. 

Jika anda seorang perokok, risiko anda untuk mendapat masalah ini amat tinggi. Bahan bahan yang  terkandung dalam rokok itu kebanyakkannya racun yang bukan sahaja boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan anda tetapi juga kepada kesihatan rambut anda. Jadi, berhentilah merokok dengan segera.