![]() |
| Sumber : Google |
Saya yakin ramai wanita di luar sana yang khuatir apabila melihat kulit wajah
mereka semakin kendur dan melayut. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka
bagi mengatasi masalah ini namun usaha mereka hanya sia sia sahaja. Pelbagai
produk di pasaran sana mereka telah cuba namun
hasil yang ditunggu tunggu tidak juga tiba sebaliknya wajah mereka bertambah
teruk. Oleh itu, di hujung minggu ini saya mahu kongsikan petua bagaimana untuk
tegangkan kulit melayut dan kendur itu yang sering diamalkan oleh wanita zaman
sekarang.
Sebenarnya, antara punca yang menyumbang kepada
masalah ini adalah anda mengalami masalah kekurangan kolagen. Tahukah anda apa
itu kolagen? Kolagen adalah sejenis protein yang memberi kesihatan kepada kulit
anda agar sihat dan cantik. Walaubagaimanapun, kolagen akan berkurangan di
dalam badan kita apabila usia kita semakin meningkat. Hipotesisnya mudah. Semakin
kurang kolagen dalam badan, semakin kendur dan melayut kulit kita.
