| Sumber : Google |
Biasa benar kita mendengar tentang penyakit Hepatitis
bukan? Tahukah anda apakah itu penyakit Hepatitis? Hepatitis dalam bahasa
Melayunya dipanggil sebagai Radang Hati. Penyakit ini memusnahkan banyak sel
sel hati. Hepatitis ini juga boleh menyebabkan banyak penyakit lain menyerang
sel sel hati tersebut.
Penyebab penyakit Hepatitis
Antara sebab seseorang itu mendapat penyakit ini
adalah jangkitan virus hepatitis A, hepatitis B, monocleosis, dan
cytomegalovirus. Selain itu, jangkitan amoebic, racun paracetamol, halothane (sejenis
ubat bius), alkohol, toksin kulat (racun cendawan payung) juga boleh
menyebabkan seseorang itu akan terkena penyakit ini.
Penting!!!! Cara mendapat Hepatitis tanpa kita ketahui!!!
Apabila seseorang itu mengambil sesuatu ubat secara
berlebihan (overdose), contohnya paracetamol, risiko seseorang itu
menerima penyakit ini amat tinggi. Oleh itu, pastikan anda mendapat nasihat
daripada doktor terlebih dahulu sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat
bagi memastikan anda tidak mengambil ubat tersebut secara berlebihan.