| Sumber : Google |
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai
610 000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada tahun
2008. Menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia,
kanser usus adalah kanser kedua dicatatkan paling banyak menyebabkan kematian
rakyat Malaysia
dengan anggaran 3 500 kes setahun.
Kanser usus merupakan kanser ketiga yang membunuh
ramai wanita selepas kanser payudara dan kanser serviks. Kanser ini juga paling
kerap dihadapi oleh kaum lelaki. Paling mengejutkan saya adalah, pengidap
kanser ini adalah dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas.
Kanser usus adalah kanser yang bermula dalam usus.
Usus adalah tempat di mana makanan kita bertukar menjadi najis dan digerakkan
kepada rektum. Rektum adalah usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan
rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan
nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga dikeluarkan daripada
tubuh badan dan dipanggil sebagai najis.