Memaparkan catatan dengan label cara stabilkan hormon PMS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara stabilkan hormon PMS. Papar semua catatan

Ahad, 9 November 2014

CARA MENSTABILKAN HORMON PMS SUPAYA PEREMPUAN TIDAK MARAH MARAH SEMASA DATANG HAID.



Omega Guard boleh mengurangkan hormon PMS
Sumber : Google




Tahukah anda apakah itu hormon PMS? Hormon PMS adalah singkatan kepada premenstrual syndrome (sindrom prahaid) iaitu hormon yang dirembeskan oleh tubuh seorang perempuan kira kira dua minggu sebelum bermulanya kedatangan haid mereka. Kebanyakkan perempuan (gadis remaja dan wanita muda) akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan sebelum kedatangan haid.


Tanda tanda perempuan yang sedang mengalami PMS


Antara tanda seseorang perempuan yang mengalami PMS adalah berlaku perubahan emosi secara mendadak. Mereka akan berasa cepat marah atau menangis walaupun kepada perkara yang remeh temeh sahaja. Kedua, mereka suka bersendirian dan tidak suka bergaul dengan orang lain. Beberapa hari sebelum kedatangan haid, mereka memerlukan ruang untuk diri mereka sendiri di mana mereka mereka lebih suka duduk di dalam bilik selama beberapa jam daripada keluar bersama kawan kawan.

Ketiga, mereka selalu merasakan diri mereka gemuk dan hodoh walaupun hakikatnya tidaklah begitu. Mereka juga sering berasa sakit pada bahagian otot dan payudara mereka sensitif terhadap sebarang sentuhan. Keempat, mereka mula mengidam untuk makan makanan tertentu dan tidak menghiraukan makanan yang lain. Mereka cenderung untuk makan makanan yang manis dan masam sahaja.