Memaparkan catatan dengan label mencegah penyakit jantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mencegah penyakit jantung. Papar semua catatan

Khamis, 6 November 2014

PANAS!!! MENGAPA ORANG ESKIMO KURANG MENDAPAT PENYAKIT JANTUNG?


omega guard boleh merawat penyakit jantung
Sumber : Google


Jantung adalah organ terpenting dalam tubuh manusia. Tanpa jantung yang sihat, seseorang itu tidak dapat menjalani kehidupannya dengan sempurna. Antara fungsi jantung adalah membawa oksigen ke seluruh badan, mengekalkan tekanan darah, menjana tekanan darah, mengawal peredaran darah dan membawa bekalan darah ke tisu.

Pokok pangkalnya, jantung merupakan sebuah organ yang penting dalam tubuh manusia. Oleh itu, kita mesti menghargai dan menjaga organ kurniaan Allah ini dengan sebaik mungkin. Kita harus mencari jalan bagaimana untuk memastikan agar jantung kita kekal sihat sampai bila bila.

Berbalik kepada tajuk entri ini, menurut beberapa kajian yang dibuat, orang Eskimo adalah orang yang paling kurang terkena penyakit jantung. Mengapa? Ini kerana orang Eskimo gemar memakan ikan ikan yang kaya dengan Omega 3. Ikan merupakan sumber Omega 3 yang sangat bagus untuk menjaga jantung kita.

Jumaat, 17 Oktober 2014

CARA MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling ditakuti oleh ramai orang. Penyakit ini merupakan antara yang tertinggi dalam membunuh ramai orang di Malaysia. Jangan sesekali kita lupa bahawa jantung antara organ yang terpenting dalam tubuh seorang manusia. Sekiranya organ ini gagal berfungsi dengan baik, sukarlah seseorang itu untuk menjalani kehidupan sehariannya dengan baik. 

Apa fungsi jantung?

Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Jantung memainkan peranan yang sangat penting dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana jantung berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh badan kita.

Punca punca penyakit jantung

Antara punca penyakit jantung adalah anda kekurangan vitamin B6, B12, anti-oksidan dan asid folik. Selain itu, anda sering melakukan kerja kerja berat secara berterusan dan selalu mandi pada tengah malam (elakkan mandi selepas pukul 10 malam). Seterusnya, anda tidak mendapat tidur yang cukup dan selalu berada dalam keadaan kemurungan terutama bagi wanita. Jika anda sering melakukan hubungan seks di dalam air atau melakukan hubungan seks ketika berada dalam cuaca yang terlalu sejuk anda mudah untuk menerima penyakit merbahaya ini.