Memaparkan catatan dengan label mencerahkan kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mencerahkan kulit. Papar semua catatan

Isnin, 13 Oktober 2014

CARA MUDAH MENCERAHKAN KULIT MUKA



Semua orang suka akan kulit muka yang cerah dan putih bukan? Saya pun suka. Mana tidaknya, ramai orang kata, lelaki atau perempuan yang mempunyai kulit muka yang cerah ini kebanyakkannya kacak dan cantik. Setakat mana persepsi itu betul, sukar untuk dipastikan namun saya yakin, jika ditanya kepada sesiapa pun, sudah  pasti mahu kulit muka mereka putih seperti kapas!

Di sini saya kongsikan beberapa petua atau pun cara bagaimana mahu mencerahkan dan memutihkan kulit. Insha Allah, jika diamalkan selalu mungkin boleh membantu mencerahkan kulit wajah kita.

Petua yang pertama adalah menggunakan beras. Ambil dua sudu beras dan kisar sehingga halus. Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah dan teh pekat. Ketiga tiga campuran bahan tadi hendaklah digaul sehingga sebati dan sapukan pada kulit muka. Apabila sudah kering, bilas dengan air yang bersih.