Memaparkan catatan dengan label menjaga mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menjaga mata. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2014

CARA NAK JAGA MATA

Mata adalah satu anugerah Allah yang sangat berharga kepada manusia. Tanpa mata sudah pasti kita tidak dapat melihat. Sayangnya ramai manusia tidak mampu menjaga mata mereka dengan baik termasuklah diri saya sendiri. Akibat kesilapan kita, mata kita menjadi rosak sehingga kita memerlukan alat bantuan seperti cermin mata untuk membantu kita melihat (rabun). Oleh itu pada hari in saya mahu beri cara cara tentang penjagaan mata agar mata kita tidak mudah rosak atau pun kepada mereka yang mengalami penyakit rabun, rabun anda tidak akan lagi meningkat selepas ini.

Apa maksud rabun?

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, izinkan saya menerangkan tentang rabun. Rabun terdapat dua jenis iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh adalah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas tetapi dapat melihat objek yang dekat dengan jelas.  Rabun dekat pula bermaksud sebaliknya dengan rabun jauh iaitu seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan jelas tetapi tidak pada objek yang dekat.